Isnin, 5 Mac 2012

tahun 2012

Sudah terlalu lambat untuk mengucapkan selamat datang tahun 2012..
Namun, tahun 2012 adalah tahun yang bermula dengan penuh kekalutan. Terlalu banyak berlaku dalam satu masa.. Kadangkala tidak tertanggung olehku dengan segala bebanan ini.

Aku tertanya-tanya adakah aku mampu untuk hadapi semua ini.. Aku terlalu lemah Ya Allah..
Bantulah aku.. Aku memohon kekuatan dariMU.. Apa yang aku lakukan adalah ikhlas kerana-MU..
Berilah kami sinar kebahagiaan Ya Allah..

Aku tertanya-tanya, mengapakah stiap apa yang dilakukan,dengan bersusah payah, namun insan lain yang mendapat penghargaan. Tiada sedikitpun penghargaan diberikan pada yang bersusah payah menjayakannya. Tiada ucapan terima kasih, tetapi mendapat makian dan kejian pula.. Kenapa manusia begitu?
Tidak bersyukur, tidak pernah puas dengan apa yang telah didapati. Sedih dengan manusia yang tidak sedar diri.. Begitu mudah mengeluarkan kata-kata kesat tanpa memikirkan hati dan perasaan orang. Mengapakah..

 Sudah terlalu penat dan lelah dengan semua ini.. Bilakah aku akan tenang setenang tenangnya... :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan