Isnin, 28 Februari 2011

Perjalanan

17 feb 2011, jam 8 mlm kami sekeluarga menerima berita ayah saudara kami sedang tenat di hospital. aku mencadangkan ayah pulang melawatnya. Namun sedikit kesusahan kerana perlu mencari siapa yang boleh menjaga ibu.. Ibu tak boleh ditinggalkan sendiri.. Setelah bertanya pada adik beradik,semua tidak mendatangkan kenyataan positif kerana masing2 perlu bekerja..

jam 12.00 tengah malam,kami di khabarkan pemergiannya untuk selama-lamanya. Kesian ayah tidak sempat melawat dan melihat arwah abangnya buat kali terakhir.. Yang pergi tetap pergi,yang hidup perlu teruskan hidup..

18 feb 2011,aku ke tempat kerja seperti biasa walaupun hati tidak tenang.. Rancangan pada hari itu adalah untuk menghabiskan rondaan di kawasan yang tak sempat masuk pada hari sebelumnya. Namun setelah separuh perjalanan,abang menalifon ku dan bertanya sama ada ayah mahu pulang ke kampung atau tidak.. Aku sedikit terkejut dan menyuruh dia menalifon ayah.. Setelah seketika,abang talifon kembali dan meminta aku pulang kerana ayah mahu pulang. Alhamdulillah,sekurang-kurangnya terubat rindu ayah pada kampungnya dan dapat melawat saudara maranya. aku segera pulang.

Jam 11.00 pg aku,ayah dan adik bertolak ke terengganu.. Aku memandu sepanjang perjalanan. Aku gembira kerana dapat membantu ayah.. kira-kira jam 4.45 petang,kami sampai di rumah arwah. Cadangan asal adalah bermalam di situ,namun kerana berasa tidak sesuai,kami bercadang bermalam di rumah kakak ayah,iaitu mak long di setiu, Kampung Fikri. Kami tiba di sana sekitar jam 6.45 petang. Tokki ku berada di situ. Alhamdulillah tokki masih sihat,cuma batuk2 dan kata mak long sudah kurang ingatan.

Setelah berbincang bersama,kami menukar rancangan bermalam di situ kepada bermalam di rumah kakak di Chabang Tiga,Kuala Terengganu. Sebelum itu,kira-kira jam 7.30 petang kami bertolak ke Jerteh untuk melawat adik ayah yang baru sahaja menjalani pembedahan. Kira2 jam 8.45 mlm kami sampai di Jerteh. Keadaan adik ayah agak teruk,kami kesian melihat keadaannya. Matanya telah di buang sebelah dan sebahagian dari mukanya telah di buang akibat barah.. Semoga Ayah Teh cepat sembuh.

Jam 9.45 malam,kami bertolak ke Kuala Terengganu untuk bermalam di rumah kakak. Dalam perjalanan,kelihatan ayah memegang erat pemegang kereta.. Barulah aku perasan bahawa ayah sedikit takut dengan cara pemanduan ku.. Kesian ayah.. huhuhu.. Kira2 jam 12.00 tengah mlm kami sampai di rumah kakak. Sungguh penat rasa badanku memandu seharian.. Namun untuk orang2 yang ku sayangi,aku rela lakukan apa sahaja.. :) kira2 jam 2.30 pg baru aku dapat lelapkan mata..

19 feb 2011,hari ini bercadang ke pasar payang mencari apa yang boleh di bawa balik.. Sempat gak jalan2 ni.. huhu.. Mmmg agak sesak di Kuala Teganu sbb hari tu hari cuti.. Takde ape pun yang di beli,cuma kuih-kuih je yang di beli untuk di bawa balik. kira-kira jam 11.00 pg kami ke rumah baru kakak di kawasan yang berhampiran.. setelah berehat dan makan tengahari,kira-kira jam 3.00 petang kami bertolak pulang dan samapi di rumah kira-kira jam 8.00 malam. Alhamdulillah perjalanan kami selamat.. Cuma mungkin kena saman la kot.. Tunggu je la surat kalu ade nnt.. huhuhu.. :)

Selasa, 22 Februari 2011

Sesuatu yang baru..

Lama lak tak nulis kat sini... Eeemm... bnyk nak tulis.. tp nnt la... masa tak mengizinkan.. Eeemm..
Tarikh penting.. 16/2/2011.. :) Semoga kekel menjadi kenangan terindah..

Khamis, 17 Februari 2011

Rutin harian hidupku..

6.00 pg bangun dan bersiap utk solat subuh 6.30 pg masak sarapan
7.00 pg bersiap ke tempat kerja dan melihat keperluan ibu
7.30 pg bertolak ke tempat kerja
8.00 pg sampai di opis
             -duduk di opis
             - kluar ke site seluruh maran
5.30 ptg bertolak pulang ke rumah
6.00 ptg sampai di rumah dan siram pokok
6.30 ptg memasak utk makan malam
8.00 mlm menguruskan ibu
9.00 mlm uruskan dapur dan bersihkan dapur
10.00 mlm bersihkan diri dan rehatkan diri utk hari esok...

Ahad, 13 Februari 2011

Khamis, 10 Februari 2011

Perjalanan....

Sudah hampir 29 tahun aku berada di dunia ini...
Melalui liku2 kehidupan yang penuh ranjau dan duri..
Jika di hitung saat suka dan duka..
Mungkin duka lebih menyebelahi hidupku...
Zaman kanak2,zaman dewasa tiada perubahan..
Begitulah aku lalui hidup ini...
Segalanya memerlukan pengorbanan...
Ya Allah, aku hanya insan yang lemah..
Memohon petunjuk dan hidayah-Mu..
Kuatkan aku,biarlah bukan untuk diriku..
Tetapi untuk insan yang aku sayangi...
Aku redha ketentuan-Mu..
Andai aku terpaksa berkorban slagi ada hayat ini..
Aku redha andai itu yang terbaik buat mereka..
Janganlah aku menjadi beban pada mereka...
Ya Allah, terlalu banyak aku berdosa pada-Mu..
Ampunkan aku..
Berikan aku petunjuk-Mu..
Aku sedar setiap manusia diberikan dugaan dan ujian yang berlainan...
Ada yang diberikan dugaan yang lebih teruk lg..
Aku hanya sedikit,namun sudah tak tertahan utk hadapinya..
Lemahnya aku..
Ya Allah, pertemukan aku dengan kekuatanku..
di manakah lg kekuatanku...
sepanjang perjalanan ini,belum ku merasainya..
adakah tiada untuk ku...
atau adakah ini penghabisannya...
sudah ternoktahkah pencariannya..
andai telah sampai penghujungnya,
andai telah sampai noktahnya,
aku takkan mencari lg...
aku akan tetap begini,
hanya menanti...
menanti sesuatu yang mungkin tiada untukku...

Selasa, 8 Februari 2011

8/2/11

Hari ni hari yang paling terasa sedih,malu,menyesal,kecewa dan bermacam perasaan lagi... Knapa agaknya terjadi begitu.. tak tertahan lagi perasaan ni.. Rasa nak nangis sangat2.. tp air mata tetap tak nak kluar.. knapa dengan diri ni.. kenapa? Sedihnya hati... kat mana lg nak mengadu..
Tuhanku...
Bantulah aku,
kuatkan hatiku hadapi hari2 yg bakal mendatang..
Aku redha dengan ketentuanMU..
Namun aku tak berdaya lalui semua ini..
PadaMU aku memohon,
Tunjukkan aku jalanMU..