Jumaat, 31 Disember 2010

Setahun lagi berlalu...



Alhamdulillah kita masih bernyawa untuk melalui setahun lg...
Selamat tinggal 2010, Selamat datang 2011..
Selamat tinggal kenangan 2010,
Semoga kenangan itu tak berulang lg di 2011..

Pahit manis 2010 menjadi sejarah,
Pahit manis 2011 bakal dilalui..
Adakah keadaan akan berubah?
Adakah tetap sama?
Mampukah kita lalui 2011 dengan lebih baik?

Semoga kita tabah lalui hidup ini....
jadikan kenangan pahit sebagai kekuatan,
kenangan manis sebagai motivasi,
hidup ini indah dengan segala yang berlaku....

Ya Allah,
Jadikanlah aku hambamu yg solehah,
Ingatkan aku andai aku terlupa,
Tunjukkan aku jalanmu,
bimbinglah aku dengan kebenaranmu,
Kuatkanlah hatiku,
Kuatkanlah imanku,
Pertemukan aku dengan hambamu...

Amin....

Khamis, 30 Disember 2010

Saat itu

Saat sendiri,sering terlintas di fikiran ini...
Bilakah saat itu akan tiba?
Sudah dekat atau lambat lagi?
Bersediakah aku?
Dapatkah aku lalui kehidupan selepas itu?
Bagaimana aku akan pergi?
Seringkali aku ingatinya..
Pengalaman pertama berada dekat dengan yang telah pergi..
Terlalu takut rasanya..
Kaku,kelu dan tak terkata melihatnya..

Ya Allah,andai masaku telah tiba,
Ambillah aku dalam keadaan sedia,
Ambillah aku setelah tanggungjawabku selesai,
Ambillah aku setelah hutangku selesai,
Ambillah aku dalam keadaan beriman pada-MU.

Betapa kerdilnya aku di alam ini,
Menumpang segala milik-MU
Banyak dosa yang telah aku lakukan,
Ampunkanlah aku Tuhanku..
Jadikanlah aku insan yang beriman dan bertakwa pada-MU,
Tunjukkanlah aku jalan yang lurus,
Jalan yang Kau redhai...

Selasa, 28 Disember 2010

Hidup

Perjalanan hidup ini penuh dengan warna warni...
Warna warni kegembiraan warna warni kedukaan..
Pernah terdetik di hati ini,
Andai tiada warna warni ini,apalah maknanya hidup..
Kedukaan adalah dugaan hidup yang datang tanpa kita duga..
Segala berlaku sekelip mata..
Betapa berat dugaan itu,tetap harus dilalui..
Tertanya di hati,Tuhanku,adakah dugaan ini memang untukku?..
Adakah dugaan ini tercipta untukku?
Adakah dugaan ini akan terus diberikan padaku?
Sesungguhnya amat lelah untuk hadapi dugaan-Mu..
Sudah terlalu lelah sehingga tiada lagi air mata untuk dititiskan..
Sekadar melemparkan senyuman atas segalannya..
Redha dengan ketentuan-Mu..

Hati,adakah kau tabah hadapi semua ini?
Entahlah..
Hati,janganlah kau bersedih dengan dugaan ini..
Gembiralah kerana kau yang terpilih..
Hati,kuatlah dikau..
Andai kau lemah,
orang yang kau sayangi turut lemah..
Kuatlah hati,
Untuk insan yang kau sayangi..
Soroklah deritamu,
simpanlah jauh di satu sudut..
Sengsaramu untuk dirimu,
Kegembiraanmu untuk insan tersayang..
Kuatlah hati..