Selasa, 28 Disember 2010

Hidup

Perjalanan hidup ini penuh dengan warna warni...
Warna warni kegembiraan warna warni kedukaan..
Pernah terdetik di hati ini,
Andai tiada warna warni ini,apalah maknanya hidup..
Kedukaan adalah dugaan hidup yang datang tanpa kita duga..
Segala berlaku sekelip mata..
Betapa berat dugaan itu,tetap harus dilalui..
Tertanya di hati,Tuhanku,adakah dugaan ini memang untukku?..
Adakah dugaan ini tercipta untukku?
Adakah dugaan ini akan terus diberikan padaku?
Sesungguhnya amat lelah untuk hadapi dugaan-Mu..
Sudah terlalu lelah sehingga tiada lagi air mata untuk dititiskan..
Sekadar melemparkan senyuman atas segalannya..
Redha dengan ketentuan-Mu..

Hati,adakah kau tabah hadapi semua ini?
Entahlah..
Hati,janganlah kau bersedih dengan dugaan ini..
Gembiralah kerana kau yang terpilih..
Hati,kuatlah dikau..
Andai kau lemah,
orang yang kau sayangi turut lemah..
Kuatlah hati,
Untuk insan yang kau sayangi..
Soroklah deritamu,
simpanlah jauh di satu sudut..
Sengsaramu untuk dirimu,
Kegembiraanmu untuk insan tersayang..
Kuatlah hati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan