Sabtu, 29 Januari 2011

Hobi baru..

Awal tahun ni,da mulakan hobi baru... Menanam pokok.. Melihat kehijauan pokok memberikan ketenangan... Alhamdulillah stakat ni pokok tumbuh subur.. Seronok melihat hasil tanaman sendiri... Pokok bunga da keluar bunga.. Pokok lada da besar.. tak sabar tunggu berbuah.. :)

Tak rugi berbudi pada tanah... Semoga usahaku tidak separuh jalan.. Lepas hujan da reda,nak mulakan projek tanam sayur di blakang rumah... Semoga berhasil.. Nak tanam pokok apa ye? Eeemmm..... serai da ada,kunyit da tanam,lengkuas da ada,temu pun da tanam... nak cari benih sayur apa ye..?

Sronoknye kalu menjadi pokok2 tu... Walaupun cuma boleh berkebun sabtu dan ahad,tp puas hati... :) Nnnt la ltak gambar pokok2 tu.. Untuk kenangan...

Khamis, 20 Januari 2011

Pengalaman

Hari ini aku berborak dengan rakan sepejabat.. Dia da agak berumur.. Tp kebanyakan yang menjadi sahabatku di pejabat adalah mereka yang da berumur.. Mungkin aku lebih selesa dengan mereka,atau aku mungkin da tua.. hahaha... Eeemm.. Berbalik pada perbualan aku dan rakan ku.. Dia menceritakan pengalamannya dan keberkatan berbakti pada ibu.. Aku begitu tersentuh dengan kisahnya.. Pelbagai nasihat yang diberikan..

Dia juga menyokong pendapat seorang ibu mampu menjaga 10 anak, tp 10 anak tak mungkin mampu menjaga seorang ibu.. Bertuahnya seorang ibu mendapat anak yg betol2 menjaga dan merawatnya.. Luahan hati rakanku itu menyedarkan aku.. Hati seorg ibu.. Menceritakan telatah anak2nya.. dapat digambarkan kebahagiaan dalam keluarganya.. Cuma anak2 tinggal berjauhan yang menjadikan dia rindu...

Sekiranya kita bertanyakan pada ibu, apa yg dia mahukan dari anak2nya.. mungkin dia takkan meluahkannya.. kerana tak ingin menyusahkan anaknya.. Dengan berbicara dengan mereka yang berpangkat ibu.. kita akan memahami perasaan sebenar seorang ibu..

Walaupun kehidupan ku amat memenatkan,namun aku gembira kerana dapat berbakti pada kedua orang tua ku.. Gelak tawa mereka menghilangkan penatku... tidak sia2lah pengorbanan mereka membesarkan dan mendidikku.. Aku memohon pada Tuhan agar aku tetap dapat berbakti pada mereka hingga akhir hayatku.. Biarlah apapun yang berlaku padaku,jangan kedua ibubapaku bimbang.. Aku akan bertahan. Tuhanku,bantulah aku untuk hidup di dunia dan juga akhirat.. Aku mohon keredhaan-MU..

Isnin, 17 Januari 2011

IBU

Ibu.
Disember 2008 merubah hidupmu..
Merubah juga hidup anakmu...
Kusangka aku akan kehilanganmu...
Namun,
Alhamdulillah aku diberi peluang berbakti padamu..
Aku merasai segala apa yang kau rasai..
Namun ku tak mampu membantumu..

Ibu..
Setiap hari aku berdoa moga dikau dapat pulih..
Bersabarlah ibu..
Ku takkan tinggalkanmu selagi hayatku ada..
Aku menyayangimu sepenuh hatiku..
Ku korbankan segala yang ku ada untukmu..

Ibu..
Jasamu membesarkanku tidak dapat ku balas..
Kini aku merasai merawatmu seperti bayi..
ku rasai segala kepayahanmu..
Jangan kau bimbang ibu..
akan ku lakukan apa sahaja untukmu...

Sakit dirimu.. sakit juga anakmu..
Semoga ibu tabah dan kuat..
kekuatanmu adalah kekuatanku..
kelemahanmu adalah kelemahanku..
Aku menyayangimu..
namun tidak terucap olehku untukmu..

Ibu..
Semoga kau memahani anakmu..
Tiada sikitpun prasaan benci,bosan dan jemu merawatmu ibu..
Jangan sekali kau fikirkannya ibu..
Hidupku adalah keranamu...
Kau segalanya untukku..

Ayah..
Ketabahanmu,dan kesabaranmu amatku sanjungi..
Takkan ku jumpai insan sepertimu..
Kuberdoa pada Tuhan..
Moga kau sentiasa begini...
Ku menyayangimu ayah...
Kau satu dalam sejuta..
Keenggananmu melengkapi hidupmu,
suatu pengorbanan yang besar..
takkan dijumpai di dalam diri mana2 lelaki yang biasa..
sesungguhnya,
Kau insan luar biasa...

Ku menyayangi keduanya sepenuh hatiku..
Hidup matiku adalah untuk mu..
Andai di takdirkan perpisahan terjadi...
Tuhanku...
Kau ambillah aku dahulu...

Dugaan..

Dugaan datang lagi...
Di awal tahun ini.. Awal2 lg aku telah di duga..
Apalah salah dan silapku..
Merenung masa yang telah berlalu..
Merenung ke masa hadapan..
Sekadar renungan kosong..
Takkan mampu mengubah masa lalu..
Cuma mampu berharap tidak berulang kesilapan lalu..

Masa hadapan..
Akanku cuba lalui dengan izin-MU..
Berilah aku kekuatan..
Berilah aku ketabahan..
Moga kekuatan dan ketabahan itu kekal dalam diri ini...

Tatkala sendiri,terdetik hati ini...
Sunyinya hidup ini..
Namun seketika kemudian,
Tersedar dari titik itu...
Sebenarnya aku tidak sunyi...
Semua ada untukku..
Aku yang tak mampu membuatkn hidupku ceria..
Hidup tidaklah sunyi..
Hidup adalah suatu yang penuh keceriaan..
Kita yang menentukannya..

Bersyukurku kerana masih bernyawa..
Akan ku tabur bakti dan budi ini pada yang memerlukan..
Tidak perlukan balasan..
Sekadar hargai dan hormatilah diri ini...

Selasa, 11 Januari 2011

Tuhan Sayangkan Kita..

Sepanjang hidup kita,bermacam perkara telah kita lalui..
Segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya..
Kadang-kadang kita diberi kegembiraan,
Kadang-kadang kita diberi kedukaan..

Segalanya adalah mengikut kemampuan kita..
Segalanya adalah kerananya..
Segalanya adalah kerana Sayangnya DIA pada kita..

Tak salah kita berkorban untuk yang lain,
Tak salah kita tersenyum namun hati kita menangis,
Tak salah bg orang gembira namun kita terluka,
Tak salah membakar diri untuk yang lain,
Tak salah pendam segalanya,
Tak salah buat keputusan untuk yang lain,
Tak salah kita menangis,asal yang lain gembira..

Salah kalau tak kuat iman,
Salah kalau lupa pada-NYA
Salah kalau salahkan-NYA,
Salah kalau sesekali lari dari-NYA..

Hidup kita adalah pinjaman...
Kita hidup kerana-Nya..
Apa yang kita ada adalah dari-NYA
Apa yang kita tiada pun adalah kerana-NYA
SAYANGNYA DIA PADA KITA.. 

Sabtu, 1 Januari 2011

Sekadar renungan..

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan,tanpa persahabatan,percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan,persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.

Yang indah itu pertemuan,yang manis itu kemesraan,yang pahit itu perpisahan,yang tinggal hanyalah kenangan. 

Hidup adalah akar yang menjalar,menjelajah ke segenap destinasi,walau payah walau sukar walau yang datang hanyalah setitis air jernih yang bakal menyinari hidup sesingkat cuma.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi,jangan terlalu sedih,terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya,sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum,kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat beerti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.

Hidup ini adalah warna warni yang terlakar pada kanvas, walaupu tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna.

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan berlaku pada hari esok.

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.

Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.