Jumaat, 3 Ogos 2018

Hasil tangan terbaru yg ditempah pelanggan... 















Setelah lama meninggalkn blog ini.. . Kini kembali... Semoga penghijrahan ini akan membawa sinar yg lebih cerah.. Tq boss for everything u have done for me...


Isnin, 5 Mac 2012

tahun 2012

Sudah terlalu lambat untuk mengucapkan selamat datang tahun 2012..
Namun, tahun 2012 adalah tahun yang bermula dengan penuh kekalutan. Terlalu banyak berlaku dalam satu masa.. Kadangkala tidak tertanggung olehku dengan segala bebanan ini.

Aku tertanya-tanya adakah aku mampu untuk hadapi semua ini.. Aku terlalu lemah Ya Allah..
Bantulah aku.. Aku memohon kekuatan dariMU.. Apa yang aku lakukan adalah ikhlas kerana-MU..
Berilah kami sinar kebahagiaan Ya Allah..

Aku tertanya-tanya, mengapakah stiap apa yang dilakukan,dengan bersusah payah, namun insan lain yang mendapat penghargaan. Tiada sedikitpun penghargaan diberikan pada yang bersusah payah menjayakannya. Tiada ucapan terima kasih, tetapi mendapat makian dan kejian pula.. Kenapa manusia begitu?
Tidak bersyukur, tidak pernah puas dengan apa yang telah didapati. Sedih dengan manusia yang tidak sedar diri.. Begitu mudah mengeluarkan kata-kata kesat tanpa memikirkan hati dan perasaan orang. Mengapakah..

 Sudah terlalu penat dan lelah dengan semua ini.. Bilakah aku akan tenang setenang tenangnya... :(

Ahad, 13 Mac 2011

DUGAAN TAHUN 2011

Permulaan Tahun ini bermula dengan lancar dengan izin-Nya.. Namun di permulaan ini juga bermula sesuatu yang baru.. Dugaan baru yang KAU berikan padaku.. Aku kan cuba hadapi dugaan-Mu ini Tuhanku. Aku hanyalah insan lemah. Aku tak mampu hadapi dugaan yang terlalu hebat.. Bantulah aku.. Berilah aku sinar kebahagianMu. Aku redha dengan apa yang Kau berikan padaku.. Aku terima segala ketetapanMu.

Berilah aku sedikit kebahagian. Berilah aku sedikit ketenangan. Berilah aku sedikit  kesenangan. Ya Allah,ku mohon, bantulah dia.. Kuatkan hati dan semangatnya..Aku kan cuba berada bersamanya mengharungi dugaanMu. Bantulah aku Ya Allah.. Bantulah kami hadapi hidup ini...

Rabu, 9 Mac 2011

Kerja yang boleh naik darah..

Tensen sungguh 7/3/2011.. dapat surat yg mengatakan,dikehendaki menghadiri mesyuarat pada 9/3/2011 beserta maklumat yang dikehendaki.. nak nangis dpt surat g2... huhuhu.. 2 hari tak cukup tdo buat keje tu.. mmg tensen tol rasa.. nape la tak bg surat tu awal2... nasib baik sempat siapkan.. skang lega.. dan hari ni..10/3/2011 hari kemalasan dan berehat2 setelah penat berhempas pulas.. huhu..

skang kehidupan ade perbezaan.. kehadirannya memberikan satu perasaan baru dan melegakan. da ada tempat untuk mengadu.. semoga ini yang pertama dan terakhir.. Perkenalan 16/2/2011 jam 12 tengahari...
patutlah org cakap seronok bercinta... Eeemmm... Semoga hubungan ini diberkati dan dilindungi oleh-NYA.. Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah pada kami untuk melalui kehidupan ini..

Isnin, 28 Februari 2011

Perjalanan

17 feb 2011, jam 8 mlm kami sekeluarga menerima berita ayah saudara kami sedang tenat di hospital. aku mencadangkan ayah pulang melawatnya. Namun sedikit kesusahan kerana perlu mencari siapa yang boleh menjaga ibu.. Ibu tak boleh ditinggalkan sendiri.. Setelah bertanya pada adik beradik,semua tidak mendatangkan kenyataan positif kerana masing2 perlu bekerja..

jam 12.00 tengah malam,kami di khabarkan pemergiannya untuk selama-lamanya. Kesian ayah tidak sempat melawat dan melihat arwah abangnya buat kali terakhir.. Yang pergi tetap pergi,yang hidup perlu teruskan hidup..

18 feb 2011,aku ke tempat kerja seperti biasa walaupun hati tidak tenang.. Rancangan pada hari itu adalah untuk menghabiskan rondaan di kawasan yang tak sempat masuk pada hari sebelumnya. Namun setelah separuh perjalanan,abang menalifon ku dan bertanya sama ada ayah mahu pulang ke kampung atau tidak.. Aku sedikit terkejut dan menyuruh dia menalifon ayah.. Setelah seketika,abang talifon kembali dan meminta aku pulang kerana ayah mahu pulang. Alhamdulillah,sekurang-kurangnya terubat rindu ayah pada kampungnya dan dapat melawat saudara maranya. aku segera pulang.

Jam 11.00 pg aku,ayah dan adik bertolak ke terengganu.. Aku memandu sepanjang perjalanan. Aku gembira kerana dapat membantu ayah.. kira-kira jam 4.45 petang,kami sampai di rumah arwah. Cadangan asal adalah bermalam di situ,namun kerana berasa tidak sesuai,kami bercadang bermalam di rumah kakak ayah,iaitu mak long di setiu, Kampung Fikri. Kami tiba di sana sekitar jam 6.45 petang. Tokki ku berada di situ. Alhamdulillah tokki masih sihat,cuma batuk2 dan kata mak long sudah kurang ingatan.

Setelah berbincang bersama,kami menukar rancangan bermalam di situ kepada bermalam di rumah kakak di Chabang Tiga,Kuala Terengganu. Sebelum itu,kira-kira jam 7.30 petang kami bertolak ke Jerteh untuk melawat adik ayah yang baru sahaja menjalani pembedahan. Kira2 jam 8.45 mlm kami sampai di Jerteh. Keadaan adik ayah agak teruk,kami kesian melihat keadaannya. Matanya telah di buang sebelah dan sebahagian dari mukanya telah di buang akibat barah.. Semoga Ayah Teh cepat sembuh.

Jam 9.45 malam,kami bertolak ke Kuala Terengganu untuk bermalam di rumah kakak. Dalam perjalanan,kelihatan ayah memegang erat pemegang kereta.. Barulah aku perasan bahawa ayah sedikit takut dengan cara pemanduan ku.. Kesian ayah.. huhuhu.. Kira2 jam 12.00 tengah mlm kami sampai di rumah kakak. Sungguh penat rasa badanku memandu seharian.. Namun untuk orang2 yang ku sayangi,aku rela lakukan apa sahaja.. :) kira2 jam 2.30 pg baru aku dapat lelapkan mata..

19 feb 2011,hari ini bercadang ke pasar payang mencari apa yang boleh di bawa balik.. Sempat gak jalan2 ni.. huhu.. Mmmg agak sesak di Kuala Teganu sbb hari tu hari cuti.. Takde ape pun yang di beli,cuma kuih-kuih je yang di beli untuk di bawa balik. kira-kira jam 11.00 pg kami ke rumah baru kakak di kawasan yang berhampiran.. setelah berehat dan makan tengahari,kira-kira jam 3.00 petang kami bertolak pulang dan samapi di rumah kira-kira jam 8.00 malam. Alhamdulillah perjalanan kami selamat.. Cuma mungkin kena saman la kot.. Tunggu je la surat kalu ade nnt.. huhuhu.. :)