Isnin, 28 Februari 2011

Perjalanan

17 feb 2011, jam 8 mlm kami sekeluarga menerima berita ayah saudara kami sedang tenat di hospital. aku mencadangkan ayah pulang melawatnya. Namun sedikit kesusahan kerana perlu mencari siapa yang boleh menjaga ibu.. Ibu tak boleh ditinggalkan sendiri.. Setelah bertanya pada adik beradik,semua tidak mendatangkan kenyataan positif kerana masing2 perlu bekerja..

jam 12.00 tengah malam,kami di khabarkan pemergiannya untuk selama-lamanya. Kesian ayah tidak sempat melawat dan melihat arwah abangnya buat kali terakhir.. Yang pergi tetap pergi,yang hidup perlu teruskan hidup..

18 feb 2011,aku ke tempat kerja seperti biasa walaupun hati tidak tenang.. Rancangan pada hari itu adalah untuk menghabiskan rondaan di kawasan yang tak sempat masuk pada hari sebelumnya. Namun setelah separuh perjalanan,abang menalifon ku dan bertanya sama ada ayah mahu pulang ke kampung atau tidak.. Aku sedikit terkejut dan menyuruh dia menalifon ayah.. Setelah seketika,abang talifon kembali dan meminta aku pulang kerana ayah mahu pulang. Alhamdulillah,sekurang-kurangnya terubat rindu ayah pada kampungnya dan dapat melawat saudara maranya. aku segera pulang.

Jam 11.00 pg aku,ayah dan adik bertolak ke terengganu.. Aku memandu sepanjang perjalanan. Aku gembira kerana dapat membantu ayah.. kira-kira jam 4.45 petang,kami sampai di rumah arwah. Cadangan asal adalah bermalam di situ,namun kerana berasa tidak sesuai,kami bercadang bermalam di rumah kakak ayah,iaitu mak long di setiu, Kampung Fikri. Kami tiba di sana sekitar jam 6.45 petang. Tokki ku berada di situ. Alhamdulillah tokki masih sihat,cuma batuk2 dan kata mak long sudah kurang ingatan.

Setelah berbincang bersama,kami menukar rancangan bermalam di situ kepada bermalam di rumah kakak di Chabang Tiga,Kuala Terengganu. Sebelum itu,kira-kira jam 7.30 petang kami bertolak ke Jerteh untuk melawat adik ayah yang baru sahaja menjalani pembedahan. Kira2 jam 8.45 mlm kami sampai di Jerteh. Keadaan adik ayah agak teruk,kami kesian melihat keadaannya. Matanya telah di buang sebelah dan sebahagian dari mukanya telah di buang akibat barah.. Semoga Ayah Teh cepat sembuh.

Jam 9.45 malam,kami bertolak ke Kuala Terengganu untuk bermalam di rumah kakak. Dalam perjalanan,kelihatan ayah memegang erat pemegang kereta.. Barulah aku perasan bahawa ayah sedikit takut dengan cara pemanduan ku.. Kesian ayah.. huhuhu.. Kira2 jam 12.00 tengah mlm kami sampai di rumah kakak. Sungguh penat rasa badanku memandu seharian.. Namun untuk orang2 yang ku sayangi,aku rela lakukan apa sahaja.. :) kira2 jam 2.30 pg baru aku dapat lelapkan mata..

19 feb 2011,hari ini bercadang ke pasar payang mencari apa yang boleh di bawa balik.. Sempat gak jalan2 ni.. huhu.. Mmmg agak sesak di Kuala Teganu sbb hari tu hari cuti.. Takde ape pun yang di beli,cuma kuih-kuih je yang di beli untuk di bawa balik. kira-kira jam 11.00 pg kami ke rumah baru kakak di kawasan yang berhampiran.. setelah berehat dan makan tengahari,kira-kira jam 3.00 petang kami bertolak pulang dan samapi di rumah kira-kira jam 8.00 malam. Alhamdulillah perjalanan kami selamat.. Cuma mungkin kena saman la kot.. Tunggu je la surat kalu ade nnt.. huhuhu.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan